Angan-angan

Salam Syawal, Salam 'Aidilfitri, Salam PRK Bagan Pinang...

Kebelakangan ini saya berfikir tentang karier, apakah saya akan tetap 'setia' bersama Petronas? Atau adakah saya akan buka perniagaan. Di manakah akan saya settle down selaps ini. Apakah akan long distance dengan keluarga atau adakah akan tinggal bersama keluarga.

Baru-baru ini berjumpa dengan Kak Umi, engineer dari PGTS (Petronas Global Technical Solution) yang travelling ke Bintulu kerana ada kerja di BCOT. Berkongsi pengalaman dengan Kak Umi sangat menarik, apatah lagi Kak Umi berstatus Ir. E2 di dalam Petronas. Dan akan pursue her career line in TP (Technical Professional). Dalam masa yang sama, Kak Umi tidak tinggalkan jemaah, malah anak Kak Umi, Khadijah akan ke mana-mana sahaja mengikuti Kak Umi ke mesyuarat-mesyuarat kawasan, ke usrah dan aktiviti-aktiviti jemaah yang lain. Berjaya di dalam jemaah, berjaya juga di dalam karier. Saya memasang angan-angan... Ir Nurul Sharina (bakal nama saya nanti).

Tiba-tiba terlintas di dalam hati untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana (Master). Ingin duduk dekat dengan keluarga di Johor, tidak ada loji pemprosesan gas atau minyak atau petrokimia milik Petronas di Johor, maka saya cuba mencari peluang untuk menyambung pelajaran di UTM Skudai. Sehingga ke pukul 4 pagi saya klik satu demi satu website UTM. Amat mengagumkan apabila saya terbaca tentang profesion seorang profession wanita yang di highlight di dalam website UTM. Beliau adalah seorang pensyarah bertaraf professor madya. Saya kagum sekali lagi.

Website Faculty Chemical & Natural Resources, Department Chemical Engineering
http://www.fkkksa.utm.my/chemical/

Keputusan untuk melanjutkan pelajaran masih lagi di peringkat angan-angan. Ketika ini ada dua pilihan untuk saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana, samada full time atau part time. Jika saya full time, bermakna saya perlu mengambil unpaid leave, dan progression kerja saya bersama Petronas akan pause sekejap. Ini tidak bagus untuk career ladder saya di Petronas. Juga increment gaji.

Pilihan untuk part time juga menarik. Bermakna saya belajar sambil bekerja. Namun, UTM Skudai jauh untuk saya berulang-alik. Weekend di Johor dan weekdays di Bintulu. Perjalanan yang sangat mahal kerana terpaksa menaiki kapal terbang. Saya ada juga berbual dengan Kak Yati dan Kak Hasanah, bekas pelajar UTM. Kak Hasanah suruh saya istikharah. Kak Yati kata, UTM suka hantarlecturer pergi ke oversea untuk sambung pelajaran di peringkat PhD. Wah.. Dr Ir Nurul Sharina. Jika saya rajin buat paper atau thesis, mungkin akan ada title Prof Dr Ir Nurul Sharina. Tapi, UTM-Bintulu jauh. Bagaimana dengan gerak kerja jemaah di Bintulu? PAS Kawasan Bintulu semakin mengorak langkah lebih besar dalam usaha menegakkan dakwah siasah di bumi Bintulu.

Sungguh, ini adalah hanya angan-angan saya. Angan-angan saya untuk menggapai gemerlapan kerjaya di dunia. Dalam masa yang sama, berjaya dengan jemaah. Kak Umi kata, title di hadapan nama itu boleh menjadi senjata kita. Lihat sahaja Ir Nizar dan Dr. Lo'lo'. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran pun masih di peringkat angan-angan, akan dibincangkan dengan suami saya selepas nikah nanti. Selain untuk own's career ladder, penting juga untuk keluarga saya. Tak bagus juga jika saya duduk berjauhan dengan suami. Bagaimana jika saya bertahun-tahun duduk berjauhan? That's not the purpose of marriage!!!

Sentiasalah menuntut ilmu... sehingga ke liang lahad. Title itu semua bukan untuk saya, tetapi untuk jemaah. Kewujudan golongan professional di dalam PAS membuktikan PAS tidak kolot. Ketika ini, ramai yang membuka mata kepada PAS. Namun, apalah ertinya title tersebut, Ustaz ke, Haji/Hajjah, Prof, Dr, Ir, jika kita ini nothing sahaja di hadapan ALLAH.

Atasi segera isu dengan Indonesia - Tun Mahathir

Sabtu September 12, 2009
Atasi segera isu dengan Indonesia - Tun Mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan Indonesia segera menangani isu "Sweeping Malaysia" atau menyapu bersih rakyat Malaysia di Indonesia bagi memastikan hubungan baik antara kedua-dua negara jiran itu yang sekian lama terjalin tidak terjejas.

"Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku, tetapi ini melibatkan satu kumpulan kecil sahaja walaupun mereka nampak ganas. Cadangan untuk berperang dengan Malaysia menunjukan bahawa mereka sebenarnya tak faham apa dia perhubungan antara Malaysia dan Indonesia. Saya harap pemerintah Indonesia juga akan mengambil tindakan.

"Kita di sini tak akan benarkan benda seperti itu berlaku, terutama bila kita ugut ada 'sweeping'. Nak buat slogan nak kata apa bolehlah, ini sampai nak tahan kereta nak buat 'sweeping', itu bukan cara yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan Anugerah Seri Cemerlang Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di sini Jumaat.

Menurutnya, kerajaan perlu berhubung dengan kerajaan Indonesia untuk meminta kerjasama bagi menyelesaikan masalah yang timbul akibat isu yang dilihat kecil sahaja.

"Kita tak nak perkara yang kecil seperti ini menyebabkan perhubungan kita yang baik menjadi rosak. Sebenarnya perkara ini perkara remeh saja, bukan perkara besar, kata kita curi lagu, curi tarian, itupun bukan kita buat, orang lain buat," katanya.
Isu ini timbul apabila Malaysia dituduh sengaja menggunakan tarian Pendet, sejenis tarian tradisional Bali dalam promosi pelancongannya sedangkan perkara itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Segelintir rakyat Indonesia menjadi marah dan mengambil tindakan yang dilihat agak ganas mahu mengusir keluar rakyat Malaysia di Indonesia. BERNAMA

Ramadhan, Asy-Syakirin & Hidayah

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah hampir separuh Ramadhan telah ditelusuri, moga 'amalan kita makin bertambah dan diredhai-Nya. Semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita, semakin sayu pula rasa di hati. Syukur, tahun ini tahun ke-3 saya menyambut Ramadhan di Bintulu bersama housemate tersayang (Salwa, Adzni, Dang, Kak Hanun dan Atik.. Tidak dilupakan our lovely Baby Amirul Hakim).

Kami bersolat terawikh di Masjid Asy-Syakirin. Masjid Kesyukuran... Masjid yang mengajak manusia untuk sentiasa melafazkan kalimah SYUKUR di dalam hati dan lisan. Syukur yang tertera di wajah. Alhamdulillah, syukur di atas ukhuwwah ini ya Sahabat. Walaupun Salwa sudah jauh di mata kerana 'berkhidmat sepenuh masa' untuk zauj dan Islam di Miri, part-time kerja sebagai accountant di PETRONAS Carigali SKO, namun semangat dai'eyah Salwa akan sentiasa mengalir di dalam jiwa penghuni Ash-Shams. InsyaALLAH...

Teringat pengalaman pertama berpuasa di Bintulu. Selalu pergi ke Asy-Syakirin dengan Salwa dan Kak Zaiti. Dan juga selalu bermalam di rumah Aziah untuk ke Masjid Hidayah untuk berbuka, terawikh, Qiamullail, sahur dan Subuh. Pengalaman kedua berpuasa di Bintulu, banyak saya beruzlah seorang diri ke Masjid Hidayah. Sekali-sekala ke Masjid Asy-Syakirin, teringat doa saya dan Kak Fatin, "mahu kahwin tahun depan..". Bila ke Masjid Asy-Syakirin pasti hati sangat teringat pada Kak Zaiti dan Kak Fatin.

Acapkali juga berterawikh di rumah bersama housemate. Ada housemate yang suka pergi ke UPM. Secara peribadi, saya merindui juga Masjid Hidayah di Housing, beberapa kali saya menjengah ke Masjid Hidayah, ada suara-suara makcik yang menegur, "Nurul, bila nak berbuka di sini?" InsyaALLAH makcik jika ada masa dan peluang. Jadual kerja yang tidak menentu kerana shutdown dan performance test run, juga kesihatan yang tidak mengizinkan, maaf jika saya tidak berbuka dan berterawikh di Masjid Hidayah. Semoga hati-hati kita semua sentiasa dipimpin di dalam hidayah dan petunjuk-Nya, wahai makcik-makcik Biro Wanita Masjid Hidayah.

Gambar kami di Masjid Hidayah 'Aidilfitri tahun lepas
Dari kiri: Dayana, Syahed, Adah, Cze, Farhana, Saya dan Mimi

Saya banyak juga belajar memasak dari housemate di rumah saya. Atiklah yang paling pandai memasak. Masakan yang berjaya saya masak hanya dua iaitu: Sambal tumis telur dan sambal tumis sardin. Persediaan mahu menjadi isteri tak lama lagi, tapi saya hanya berjaya masak dua lauk ini sahaja. Apapun, saya sudah belajar memasak ayam masak kicap dari Dang, sayur bayam dari Kak Hanun, sayur salad dengan tomato dari Salwa, bubur kacang hijau dari Atik dan ikan stim dari Adzni. Cuma tunggu masa mahu melaksanakan sahaja. Alamak, bila saya nak lulus ni?

Sambil-sambil melayari internet, saya terpaut dengan satu pautan berkenaan Baitul Muslim. Tajuknya menarik "Bila Kamu Sebut Fasal Baitul Muslim". Tulisan dari seorang akhi yang saya tidak kenal akan beliau, moga Allah merahmatimu dengan artikel yang basah dengan muhasabah Baitul Muslim yang seringkali kita terkadang salah anggap.

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar? Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH,
baca lagi...

p/s: Al-Fatihah untuk Allahyarhamah ibu kepada Shamshi Fatisha yang kembali ke Rahmatullah pagi tadi.. semoga ruh Allahyarhamah ditempatkan di dalam golongan yang beriman. Amiin...

Forgotten Malays?

Posted: 16 Aug 2009 03:51 AM PDT

Saya diminta memberi pandangan mengenai tulisan dibawah...

ISLAM DI SINGAPURA
Ditulis Oleh Ahmad Mohamad Said/Email : Muhamad Al Hafiz
Friday, 02 June 2006

Jikalau Willoughby mencatatkan Muslim Vietnam dan Kampuchea sebagai most forgotten Muslim peoples, Muslim Singapura mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik, namun masih boleh dianggap sebagai forgotten Muslims. Malahan, mungkin dalam konteks Melayu rantau ini sebagai forgotten Malays. Di tengah-tengah ‘Lautan Melayu’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Melayu’ atau di tengah-tengah ‘Lautan Muslim’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Muslim’. Ironisnya semua ini berlaku dalam pasang surut dan gelombang sejarah Melayu-Muslim, dan kini ibarat duri dalam daging, ia sentiasa menusuk-nusuk hingga menikam jantung hati, melainkan memang kita sudah tidak menyimpan perasaan lagi!

Dalam konteks sejarah rantau ini, memang sudah lama kita semua terpaksa berputih mata; dan dalam konteks Tanah Melayu/Malaysia pula, kita bukan sahaja telah berputih mata, malahan agaknya kita telah membelah hati dan memisahkannya kepada dua secara tuntas. Bagi kita Melayu-Muslim Singapura seolah-olahnya telah menjadi semacam saudara jauh, malahan mungkin orang asing dan justru itu hampir sahaja ataupun memang telah dilupakan!

Sorotan Sejarah

Pada tahun 1826 Inggeris telah menggabungkan Singapura dengan Pulau Pinang dan Melaka serta mewujudkan pemerintahan Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1867 pula Singapura telah dijadikan tanah jajahan Inggeris, dan Inggeris terus berkuasa hingga 1963 (kecuali zaman Jepun) apabila Singapura diberikan kemerdekaan melalui Malaysia.

Namun Singapura hanya berada selama dua tahun dalam persekutuan Malaysia, dan pada tahun 1965 ia telahpun keluar atau dikeluarkan dan menjadi sebuah negara yang berasingan. Semenjak merdeka Singapura telah berada di bawah parti PAP (ditubuhkan 1954 dan menang pilihanraya pertama 1959) bawah Lee Kuan Yew. Beliau menjadi Perdana Menteri semenjak 1959 dan berhenti pada tahun 1990. Namun beliau terus memainkan peranan sebagai Senior Minister hingga tahun 2004 dan Minister Mentor semenjak itu. Apa kata Lee Kuan Yew selepas sahaja Singapura berpisah dari Malaysia: Kita hidup di tengah-tengah lautan orang Melayu. Andainya lautan ini bertukar menjadi gelombang, dan gelombang itu bergerak memukul pulau ini, dan jika kita tidak kuat kita akan ditenggelami oleh lautan itu!

Persoalannya: Kepada siapa mesej ini ditujukan? Yang pastinya mesej itu bukan ditujukan kepada penduduk Melayu Singapura kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada ‘lautan Melayu’, lautan yang berkemungkinan bergabung menjadi gelombang. Dengan kata lain ia merupakan ingatan, amaran dan ancaman kepada penduduk Singapura bukan Melayu. Bagi Kerajaan Singapura/Lee Kuan Yew, ‘lautan’ ini mesti dikawal agar ia tidak berpotensi menjadi gelombang, dan mungkin kalau berair sekalipun ia hanya merupakan kolam (kolam renang? kolam ikan?).

Sesungguhnya apa yang tersurat, yang terang lagi nyata, dan yang tersirat, yang juga terang lagi nyata, kenyataan ini menjadi asas kepada pembentukan dasar dan sikap Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura. Model survival negara Singapura adalah persis sama, malahan mencontohi model Israel, iaitu model confrontational. Bezanya ialah ia tidak bersifat militer. Demikianlah bentuk dan pola perhubungannya dengan jiran Melayu-Muslim dan dengan penduduk Melayu-Muslim Singapura.

Penduduk

Pada tahun 1819 hampir semua penduduk, kecuali beberapa orang Cina, terdiri daripada Melayu -Muslim. Pada tahun 1824, daripada 10,000 ke 11,000 penduduk, peratus Melayu -Muslim telah menurun menjadi kurang daripada 50% dan Cina telah meningkat kepada sepertiga. Dengan kemajuan ekonomi lebih ramai lagi orang Cina datang ke Singapura menyebabkan peratusannya terus meningkat, manakala peratusan Melayu-Muslim terus merosot.

Menurut CIA World Factbook: July 2005 penduduk Singapura berjumlah 4,425,720. Berdasarkan Banci 2000, 76.8 % ialah Cina, 13.9% Melayu, 7.9% India dan 1.4% Lain-lain. Dari segi agama pula banci yang sama mencatatkan peratusan Muslim sebanyak 14.9% (termasuk Muslim bukan Melayu). Justeru jumlah Melayu-Muslim ialah seramai 615,175 dan jumlah keseluruhan Muslim ialah 659,432.

Kerajaan Singapura Dan Islam

Pada zaman penjajahan Inggeris, Singapura ditadbirkan sepenuhnya oleh Inggeris, dan penjajah tidak masuk dalam urusan agama. Muslim Singapura, sama ada Melayu atau lain-lain, menguruskan hal ehwal agama, membina masjid dan surau, dan juga menyediakan pendidikan agama.

Selepas merdeka Perlembagaan negara Singapura, Part XIII, General Provisions, Minorities, Special Position of Malays, Section 152, mencatatkan:

The government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigeneous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Menurut peruntukan ini, kerajaan bertanggungjawab melindungi, menjaga, membantu, memupuk dan menggalakkan agama. Kerajaan menubuhkan MUIS (Majlis Agama Islam Singapura), justeru MUIS merupakan badan kerajaan, dibiayai dan diuruskan oleh kakitangan kerajaan. Ini bermakna ia tertakluk sepenuhnya kepada wawasan, misi dan dasar-dasar kerajaan.

MUIS menguruskan masjid dan kini terdapat 70 buah semuanya dan madrasah/sekolah agama.

Menurut Iqbal Fatagar (Islam Online,Singapore): The strong People’s Action Party (PAP) of Chief Minister Lee Kuan Yew has tight control on the Muslim organizations it helps set up and even lays down the rules to be followed by the organizations…MUIS has played a major role in securing the integration of the Muslims in the secular society. It has helped repress political Islam, but it has not prevented the Muslims from rejecting the absolute secularism preached by the regime.

Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana Assessment for Malays in Singapore dicatatkan: The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.

Selepas peristiwa 11 September Kerajaan Singapura telah mengetatkan lagi kawalan ke atas MUIS, masjid, sekolah agama dan ke atas semua Muslim Singapura. Yang jelas sekali ialah Singapura merupakan negara sahabat Amerika Syarikat yang sangat akrab dan pendokong yang amat setia. Singapura juga bekerja rapat dengan Israel. Singapura menjadi fron untuk menentang JI dan teroris.

Pada September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh mencetuskan perpecahan kaum dan agama dan ramai rakyat republik itu mengambil sikap berwaspada terhadap orang Islam sejak serangan 11 September dan penangkapan 13 lelaki Islam yang disyaki pengganas pada Disember 2001. Pada Disember 2002 pula timbul isu Kerajaan menghadkan bagi enam buah madrasah yang ada kepada 400 pelajar sahaja.

Kerajaan Singapura Dan Muslim

Semenjak 1965 Kerajaan Singapura telah bertindak untuk membendung Melayu-Muslim Singapura dengan menghapuskan kawasan penempatan atau kampong Melayu dan menempatkan mereka dalam kawasan-kawasan perumahan yang tersebar di seluruh Singapura. Kerajaan menetapkan kuota penduduk Melayu –Muslim yang tinggal dalam sesuatu kawasan perumahan. Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan: All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .

Di samping itu, Kerajaan Singapura juga mahu memastikan bahawa peratusan penduduk Cina kekal pada paras 75%. Justeru apabila mereka menghadapi masalah kekurangan kelahiran di kalangan orang Cina, mereka membawa masuk imigran Cina untuk mengekalkan peratusan tersebut. Dalam konteks Melayu dan Muslim, mereka juga mahu mengekalkannya pada paras tersebut. Mereka juga menggalakkan orang asing, bukan orang Melayu, untuk berkahwin dengan wanita Singapura dan memberikan lelaki berkenaan taraf penduduk kekal.Keadaan yang dialami masyarakat Cina Singapura kini turut dialami masyarakat Melayu-Muslim: kadar kelahiran telah berkurangan dan kadar yang kahwin lambat atau yang tidak berkahwin makin bertambah. Sesungguhnya ia merupakan berita baik kepada Kerajaan Singapura.

Dari segi sosioekonomi rencana oleh Wolfgang Holzem/Erwan Shah bertajuk The Malays of Singapore (6 Ogos 2004) mencatatkan: Although very much a part of Singapore’s modernizing society, the Malays conspicuously occupied the bottom rungs of that society..With the lowest level of educational attainment of any ethnic group, the Malays were concentrated at the low end of occupational hierarchy and had average earnings that were 70% of those of Chinese. Kebanyakannya merupakan boroh.

Diskriminasi adalah amat jelas dilakukan oleh Kerajaan dan juga swasta. Malahan Presiden Habibie Indonesia mengatakan negara Singapura bersifat rasis. Dalam tahun-tahun 1960an dan 70an bilangan Melayu dalam polis telah dikurangkan secara drastik. Apabila tentera British meninggalkan Singapura (1970-75), mereka kehilangan jawatan dalam tentera. Tentera Singapura tidak mengutamakan orang Melayu (malahan untuk satu dekad anak-anak Melayu tidak dilibatkan dalam kerahan tenaga/latihan ketenteraan). Tidak ada yang memegang jawatan tinggi. Hal ini berkaitan dengan keselamatan negara dan ternyata Kerajaan Singapura tidak percaya dan meragui kesetiaan orang Melayu.

Lee Kuan Yew membahaskan tentang kesetiaan Melayu-Muslim Singapura pada November/Disember 1986. Beliau mengatakan bancian yang dibuat sebelum dan sesudah kedatangan Presiden Israel Chiam Herzog ke Singapura menunjukkan jumlah yang tidak bersetuju bertambah selepas kunjungan tersebut. LKY menyatakan: ..in certain circumstances, the Malay Singaporean react with the emphasis on Malay/Muslim rather than Singaporean.

Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987): ..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore. Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan: If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.

Syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga Cina pula mengutamakan orang lain daripada orang Melayu. Mereka meletakkan pelbagai syarat, dan yang terutama ialah bahasa Cina.

Melayu-Muslim Singapura juga ketinggalan dalam bidang pendidikan. Misalnya pada tahun 1980, siswazah Melayu ialah kira-kira 1.5% dan penuntut di peringkat pendidikan tinggi sekitar 2.5% sahaja. Walaupun pada masa kini keadaan telah bertambah baik, namun berbanding dengan kaum-kaum lain, mereka masih jauh ketinggalan. Keadaan ini meletakkan Melayu-Muslim dalam keadaan lemah dan merugikan, lebih-lebih lagi Kerajaan Singapura kini mengamalkan meritokrasi (hak istimewa pribumi hanya tinggal teori dan ilusi!).

Keadaan yang menimpa Melayu-Muslim – berselerak dalam jumlah yang kecil di seluruh pulau Singapura, taraf sosioekonomi pendidikan yang rendah, dan dihimpit oleh roda kehidupan hidup yang sangat pantas dan kompetitif serta kejam - telah melemahkan semangat dan daya juang. Akibatnya mereka ditimpa pelbagai masalah sosial. Kadar jenayah lebih tinggi daripada kumpulan lain dan pada tahun 1987 merupakan 47% daripada penagih dadah heroin.

Respon Melayu-Muslim


Dari segi politik ada orang Melayu yang telah menyertai PAP dan ada yang menang dalam pilihanraya, menyertai parlimen dan ada juga dilantik menjadi menteri untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Walaupun mereka boleh membawa suara Melayu Muslim dalam parlimen, tetapi mereka terpaksa akur kepada dasar dan kehendak PAP. Di luar PAP dan di arena politik wujud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (SMNO) yang turut terlibat dalam pilihan raya. Antara objektif utama SMNO ialah memelihara dan menggalakkan kemajuan Islam.SMNO, tanpa kawasan majoriti Melayu atau kawasan Melayu, sukar untuk meraih kemenangan.

Hasil banci penduduk 1980 menunjukkan keadaan Melayu-Muslim adalah serba teruk. Justeru para pemimpin masyarakat Melayu telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam/MENDAKI pada tahun 1981. Tumpuan ialah kepada tuisyen, biasiswa, menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan memberi anugerah kepada anak-anak Melayu yang berjaya.

Di kalangan profesional Melayu-Muslim pula ditubuhkan Persatuan Profesional Muslim yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kemajuan umat.
Penutup

Cabaran ke atas Melayu dan Muslim di Singapura terus meningkat. Kenyataan bahawa mereka berada di tengah-tengah ’Lautan Orang Melayu’ akan sentiasa menghantui LKY dan konco-konconya, PAP dan Kerajaan Singapura. Di samping itu kenyataan yang tersurat dan tersirat bahawa ’teroris itu Islamis’ akan meningkatkan lagi penghantuan diri pada LKY, konco-konco dan Kerajaan Singapura.

Seterusnya cabaran berada dalam sebuah negara maju, yang bersifat kompetitif dan menekankan meritokrasi, akan terus meningkat hingga menyebabkan jurang perbezaan memacu dengan pantas dan jurang kekecewaan akan menjadi semakin mendalam dan parah.

Mutakhir ini pula, untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan tarikan, Kerajaan Singapura menjdi semakin terbuka dan liberal. Dengan masuknya kasino,kelab topless/separa bogel/bogel dan pelbagai lagi aktiviti maksiat akan menukarkan seluruh lanskap Singapura menjadi sebuah Las Vegas!

Persoalannya: Mampukah Melayu –Muslim/Muslim Singapura, yang diri dan agama terus menerus ditindih dan ditindas, bertahan dan tidak menjadi forgotten Malays and forgotten Muslims?

What If...???

One of my friend asked to our DMT halaqah in our e-mail circulation;

I have not replied to her e-mail yet, but I think about it. As a normal human, we cannot run from problems, instead we have to dance in the rain. I, myself have my own problems, either the problems comes from outside or the problems that I created myself. Apparently, I don't have feelings to go back to Bintulu. I like Bintulu before this, but now, not at all!!!

I try to answer her questions personally, perhaps solution for her (and for me as well)
  • solah & al-Qur'an
  • call your beloved family/friend/spouse; heh, like I did, I always call my mother and my sahabiah, my batch '83
  • if it relates to people who annoys you, try to stay apart from him/her
  • go to the beach (alone) to see the beautiful scenery, at the same time you can recite zikrullah to ALLAH The Almighty.. Tanjung Batu...
  • eat outside (alone or with someone who you can lend his/her shoulder to you)... Kuburia?? How I miss Kak Fatin & Kak Zaiti...
  • sleep
It works to me... Somehow... Love all DMTians!!!

Opah...

Syahdu sungguh rasa hati, masih lagi saya ingat empat hari lepas, hari Ahad 3 Mei 2009. Saya tarik tangan Opah, saya salam cium tangan Opah saya, dan saya kucup dahi Opah saya. Masih terasa hangatnya dahi Opah. Opah hanya tenung saya. Mana tahu, itu mungkin kucupan terakhir dari cucunya. Mana tahu, itu mungkin juga renungan terakhir seorang Opah kepada cucunya. Saya pasrah... Namun, saya gagahkan kaki saya keluar dari rumah Opah menuju ke kereta untuk meneruskan perjalan ke KLIA.

Saya mempunyai kenangan yang indah dengan Opah. Saya bangga saya mempunyai nenek yang saya gelarkan sebagai 'Opah'. Opah adalah gelaran kepada nenek untuk orang Perak. Opah dahulu merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di zaman Jepun. Saya sayangkan Opah saya, walaupun saya jarang dapat bersama dengan Opah saya kerana kedudukan geografi keluarga kami yang jauh. Saya dan keluarga bermastautin di negeri ayah, Johor dan saudara-mara sebelah ibu di Perak, negeri Ir. Nizar.
Semasa kecil, Opah selalu inaikan saya. Opah giling daun inai di belakang halaman rumah. Setiap kali saya balik sekali-sekala ke Sungkai, pasti saya, adik-adik dan sepupu-sepupu akan beratur untuk diinaikan. Saya juga ingat Opah saya inaikan kucing Opah di dahi. Habis merah dahi kucing Opah. Menjelang 31 Oktober nanti, Opah tidak akan inaikan saya.

Opah suka buatkan kuih bangkit untuk saya. Sampai sekarang saya suka makan kuih bangkit, tapi tidak ada lagi yang made by Opah.

Opah pernah datang seorang diri ke Batu Pahat untuk ziarah ibu saya. Semasa itu, saya berumur 6 tahun. Saya ingat lagi, kami menghadiri kenduri di kampung di Johor bawa sekali Opah. Saudara-mara di kampung di Batu Pahat speaking bahasa Banjar, Opah tak faham. Saya mewarisi keberanian Opah yang boleh travel seorang diri. InsyaALLAH saya akan ke Kuching hujung minggu ini.

Opah pernah belikan anak patung yang saya namakan "Anak Patung Baru". Sungguh tak kreatif saya ini menamakan anak patung saya sebegitu rupa.

Opah saya bela kucing. Opah saya peminat kucing. Banyak kucing kat rumah Opah saya. Setiap kali balik Sungkai, mesti saya akan alahan. Tapi, saya tak kisah, sebab saya suka kucing juga. Saya mewarisi minat Opah saya.

Semasa saya 2nd year di UTP, saya selalu balik kampung dan saya nampak Opah ngaji dan Qiyam. Opah mula jatuh sakit selepas Pak Cu saya meninggal pada tahun 2002.

Opah saya terus jatuh sakit dan sakit... Opah masih boleh berjalan, tapi Opah saya sudah nyanyuk. Saya selalu compare Opah saya dengan Tun Dr Mahathir kerana Opah saya sebaya dengan Tun. Tun masih lagi boleh melobi untuk Najib, masih lagi boleh berkempen di Bukit Gantang.

Tahun 2007, saya jaga Opah saya selama seminggu. Saya tidur di sebelah Opah, saya bacakan ayat Kursi dan saya hembuskan di ubun-ubun kepala Opah. Cik Ida kata, Opah tak meracau sewaktu saya ada, dan saya pesan pada Cik Ida untuk bacakan ayat-ayat suci di telinga Opah sentiasa.

Saya declare di sini..
12 Mac 2009... Alhamdulillah, saya telah bertunang dengan anak kenalan rapat ayah saya dan keluarga di Perak. Orang Sungkai juga. Saya tanya ibu saya, apa hikmahnya. Jelas ibu, insyaALLAH perkahwinan kami akan merapatkan lagi tali silaturrahim antara keluarga saya dan keluarga tunang saya yang sudah lama kenal. Jelas ibu lagi, perkahwinan saya tidak lama lagi juga akan menjadikan tali persaudaraan kami di Johor dan saudara-mara di Perak tidak terputus. Ibu kata lagi, Opah sakit, kalau Opah sudah tidak ada, apa driving force kami untuk ziarah saudara mara di Sungkai. Saya terima penjelasan ibu. Saya jadi teringat kepada kata-kata saya dengan Ratna semasa di UTP. "Saya rasa nak buat kenduri kahwin kat rumah Opah saya lah sebab rumah Opah saya kekampungan dan best." Allah Maha Mengetahui...

25 April 2009... Ibu telefon saya mengatakan Opah sudah terlantar. Opah demam selepas kenduri Sarah, sepupu saya. Saya risau tak keruan. Tunang saya menasihatkan jika saya berkesempatan, tunang saya minta saya ziarah Opah.

30 April 2009... Saya ada Mercury Technical Seminar di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

1 Mei 2009... Saya pegi ke Family Day IMProf di Tanjung Malim dengan Aisyah dan Fuad. Seharian semalaman saya di sana berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan. Inilah hikmahnya FD di Perak.

2 Mei 2009... Najmin menghantar saya ke rumah Opah. Opah sudah terlantar sakit. Opah tak kenal saya lagi. Tapi, bila saya panggil "Opah..." Opah menyahut. Opah makan Nestum. Saya sempat juga ziarah keluarga tunang saya.

3 Mei 2009... Saya bergerak ke KLIA setelah saya kucup tangan dan dahi Opah.

6 Mei 2009... Saya sudah ada di Bintulu, ibu telefon saya mengatakan Opah sedang koma dan nazak. sebelum tidur, saya sedeqahkan bacaan Yassin untuk Opah. Jika Allah taqdirkan mati itu baik untuk Opah, saya mohon pada Allah untuk matikan Opah saya dalam keadaan husnul khatimah. Saya tertidur dalam linangan air mata bersulamkan kenangan bersama Opah.

7 Mei 2009... Saya menerima SMS yang mengatakan Opah sudah tiada. Tidak ada lagi Opah yang mahu berkongsi minat dan rasa tentang kucing. Tidak ada lagi Opah yang akan menginaikan saya sewaktu majlis perkahwinan saya nanti. Tidak ada lagi Opah yang akan buatkan kuih bakar untuk saya.

Namun, kematian itu adalah pasti. "Ketetapan Allah pasti datang , maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (dtg)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (An-Nahl: 1)

Saya redha dengan pemergian Opah. Moga ruhnya ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman. Amiin...

The World Without Engineers

Electronics Engineers
Mechanical Engineers
Civil Engineers
Aeronautical Engineers
Communication Engineers
Computer Engineers
Chemical Engineers???

Well, no plant, no petroleum, no gas.. no process... no income to country.. Hahaha

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger